APA YANG BERMAIN DI FIKIRAN DAN HATIMU ITU YANG AKAN KELUAR

Dikisahkan dahulu ada seorang murid datang berjumpa dengan seorang Alim Syeikh Murobbi. Si Murid itu mengatakan "Wahai Syeikh. Ajarkan kepada saya apa-apa amalan yang boleh membuatkan saya dapat mimpi berjumoa dengan Baginda Rasulullah ﷺ." Lalu Syeikh itu menanyakan kembali kepadanya "Bermimpi berjumpa Baginda Rasulullah ﷺ ?"

"Naam." Jawab Si Murid tersebut. Kata Syeikh itu "Kalau begitu kamu datang ke rumah saya mal...am ini." Lalu Si Murid itu pun datang ke rumah Syeikh yang Alim tersebut seperti yang dikatakannya. Murid itu duduk dan makan malam bersama Syeikh tersebut. Mereka pun makan ikan masin yang tersangat masin.

Selepas sahaja habis makan Si Murid itu dibawa ke dalam sebuah bilik dan diarahkan untuk tidur dibilik tersebut dengan harapan dia dapat bermimpi berjumpa Baginda Rasulullah ﷺ. Sebelum murid itu tidur dia rasa teramat dahaga, haus sangat-sangat tekaknya menjadi kering kerana makan terlalu banyak ikan masin.

Jadi dia pun nak keluar daripada biliknya untuk mengambil air untuk diminum tetapi rupanya tanpa disedari oleh murid itu bahawa Syeikh itu telah mengunci beliau daripada luar bilik. Jadi dia pun tak dapat keluar dan akhirnya dia kembali tidur dalam keadaan dirinya yang betul-betul dahaga.
Keesokkan harinya, Syeikh itu pun bertanya kepada Murid tersebut "Bagaimana keadaan kamu semalam? Kamu dapat bermimpi berjumpa Rasulullah ﷺ ataupun tidak?" Jawab Murid tersebut "Wahai Syeikh. Sesungguhnya malam tadi saya bukan bermimpi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ tetapi yang saya mimpikan adalah saya melihat air yang terlalu banyak."

Akhirnya Syeikh itu mengatakan "Begitulah keadaannya yang terjadi kepada dirimu semalam kerana sebelum kamu tidur semalam fikiranmu, hatimu hanya memikirkan mengenai air yang mana kamu betul-betul takluk kepada air kerana tekak kamu yang dahaga itu. Sekiranya keinginganmu, perasaan kamu begitu terhadap Baginda Rasulullah ﷺ nescaya yang akan kamu mimpikan itu adalah Baginda Rasulullah ﷺ."
#MutiaraKata[HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Hukum Memutus Silaturahmi

KAJIAN KITAB MATAN TANQIHUL QOUL ATAU LUBABUL HADITS KARYA IMAM SUYUTI

Manfaat Beeswax atau Lilin Lebah